SEJARAH / LAGU SEKOLAH

Cikgu JIE | Monday 13 May 2013





         Sekolah ini terletak di Kajang Prima kira-kira 3 km   dari bandar Kajang. Pembinaan sekolah ini bermula pada bulan Mac 2001 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2002. Sekolah ini terdiri daripada 8 blok bangunan dan kawasan lapangan seluas 8 ekar. Kos pembinaannya berjumlah RM19,774,182.36. Majlis penyerahan bangunan sekolah secara rasminya telah diadakan pada 17 Disember 2002. SMK Taman Jasmin 2 mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 26 orang guru dan 343 orang pelajar serta 6 orang staf sokongan. Setiap tahun berlaku    pertambahan guru dan pelajar.

Sesi menandatangani dokumen perjanjian penyerahan bangunan

Sesi perbincangan antara wakil JPNS wakil PPDHL, wakil Perunding Kontraktor, wakil Kontraktor Utama
dan Pentadbir Sekolah










No comments: