MAJLIS RESTU ILMU SPM 2017

Cikgu JIE | Saturday 4 November 2017

Majlis Restu Ilmu di antara guru dengan murid mampu memberi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan berterusan dari pihak sekolah. Majlis Mohon Restu SPM 2017 ini  telah diadakan pada 2 November 2017 bersamaan Hari Khamis .

Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan untuk calon-calon SPM dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai murid, membina hubungan erat dalam kalangan guru dan murid. Mudah-mudahan progam yang diadakan ini akan memberi banyak manafaat kepada semua warga SMKTJ2.

" Semoga anak-anak SMK TJ2 beroleh kejayaan cemerlang"













No comments: